Friday, April 5, 2013

Mengharap Jiwa Yang Tenang

Assalammualaikum wbt...

Bismilllah....Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dah Lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Actually banyak perkara yang ingin dikongsikan tapi disebabkan kemalasan yang berlarutan menyebabkan hasrat untuk mengarang pun terbantut. Alhamdulillah malam yang tenang ini hari yang penuh barakah hujan rahmat yang turun mencurah-curah seolah-olah memahami hati yang sedang bergelora.
Terima kasih Allah kerana memberi aku kekuatan sehingga ke saat ini.

Ok la tak nak sedih-sedih lets start our journey...

Last week me and my family went to Pulau Langkawi. Sebenarnya percutian kali ini memang tidak dirancang. Disebabkan kami sudah berada di Taiping dan tak jauh dari jeti Kuala Perlis lebih kurang 3 jam dari Taiping (tak jauh sangat la an) kami pun merancang untuk ke sana. Macam-macam yang jadi semasa nak pegi sehingga la kami balik. Kereta sewa tayar pecah la, kena tinggal feri masa nak balik la pastu kena beli tiket lain bukan sikit-sikit dengan barangan yang heavy duty perghhhh naik muscle mak nyahhh.

Masa bertolak dari Taiping pukul 4pm nak sampai jeti Kuala Perlis sebelum pukul 7 sebab tiket feri dah beli. Ape lai abang jalan depan adik cucuk belakang. Lastly adik kene tinggal la jawabnya. hehehehe...*sigh
 Alhamdulillah perjananan menaiki feri ke Pulau Langkawi berjalan dengan lancar tepat jam 8.15pm kami sampai. Wahhhhhh dah lame rasenye tak hirup udara pantai. Actually memang minat giler ke pantai. Bunyi ombak udara yang segar membuatkan hati rasa tenang.

Harga tiket dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi adalah RM18.00 bagi dewasa dan RM13.00 bagi kanak-kanak untuk economy class. Lagipun tak jauh dalam 45 minit sahaja so naik ekonomi pun ok jugak :) perlu budget untuk shopping nanti tak sabar tak sabar tak sabarrrr.....

First day kat Langkawi ok la tengok LIMA tp dari luar jela local people tak dibenarkan masuk until 1 tarikh yang ditetapkan. Tips ke LIMA korunk have to / must bawa payung coz panasssss.

Second day kami menetap di rumah sedara di pantai cenang. 
PANTAI CENANG HERE I COME!!!!
Kalau masa kecik-kecik dulu beria-ia sangat nak ke pantai sebab nak mandi tapi bila dah besar ni segan la pulak. So just lepaking rand relaxing. Perjalanan dari rumah ke Pantai Cenang mengambil masa 5 minit jer. I feel like in heaven. Kalau jalan kaki pun sampai :)

AKTIVITI MENARIK DI PANTAI CENANG....LETS HAVE A LOOK ^_^

Pantai cenang meriah bermula dari jam 5pm hingga la waktu tengah malam. Pada waktu petang aktiviti pantai la yang paling menyeronokkan. Banyak aktiviti yang ditawarkan diantaranya banana boat, jet ski, snorkeling and diving kalau kat dayang bunting or payar island cantik. Pantai cenang adalah tempat lepak yang paling heaven skali. Mat and minah salleh ramai giler dan tempat ni adalah tempat wajib untuk mereka bersantai.


Berkonvoi...


Untuk menaiki benda ni anda dikenakan bayaran sebanyak RM50.00. Boleh naik dua orang tau. Tapi kalau anda seorang yang penakut or kali pertama menaikinya saya cadangkan untuk ambil khidmat instructor.
Pemberi arahan  / instructor ini akan duduk kat belakang kita bagi mengawal pergerakan baloon. So kita xde la takut sangat. Selepas menaiki benda ni leher bahu tangan korunk akan rasa kejang coz korunk hangging kat atas tali. Tapi kesakitan itu hanya sementara yang paling best dapat menikmati pemandangan indah selama 15 minit. Kalau korunk datang sini kena cuba sendiri. Memang best. Saya yang tengok pun rasa teruja inikan pula bila berada di atas sana pasti satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.


Tips untuk landing bila kaki cecah je tanah kena lari anak bagi elak terjatuh :)


AKTIVITI MALAM DI PANTAI CENANG!

Kat sini setiap malam ade pasar malam yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, cenderahati, minyak gamat fofular etc.
Kalau nak cari tempat makan kat sini pelbagai jenis makanan termasuklah western food and local food pun ade. Yang paling best harga makanan mahupun barangan amat-amatlah berpatutan.
Lets cekidut ape yang semapat saya sambar kat pasar malam di sini.

Seluar aladin. Tengok minah-minah salleh kat sini gemar memakai seluar ni so i pun nak SATU!.
Bukan sahaja boleh dijadikan seluar tetapi boleh jadi skirt panjang. Diperbuat dari cotton dan sangat selesa.
Harga RM28.00 after discount kalau usha kat cabel car haritu RM60.00. Jauh bezakan. Kat sini sumenye
murah  dan saya boleh guaranty korunk takkan menyesal shopping kat sini. 

Beg ni paling saya suke sejak zaman belajar kat poli dulu sebab tali boleh adjust mengikut ketinggian, nampak classic and cotton made. Harga RM15.  

Selain daripada itu, Underwater World and Cenang Walk diantara tempat yang must visit kalau berada disini sebabnya ianya berdekatan. Kalu nak cerita keindahan dan kehebatan Pulau langkawi memang tak pernah habis. Insyaallah kalau diberikan kesempatan saya akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik di Langkawi.
ADYOSS...














No comments: