Monday, April 8, 2013

Langkawi Part II

AIR TERJUN TELAGA TUJUH....

Air terjun telaga tujuh? Ramai yang tak tahu tempat ni wujud di Pulau Langkawi. Dah banyak kali ke sini tapi ini adalah kali pertama saya ke sini. Itupun cik din yang bagitau.  Kalau korunk nak tahu air terjun telaga tujuh terbentuk daripada tujuh pecahan air telaga yang disebabkan oleh faktor geologi. Sebab itu ia diberi nama air terjun telaga tujuh.
Ya Allah indahnya ciptaMu.

Pastinya korunk akan membayangkan air terjun kat sini sama seperti di tempat lain iaitu air yang turun dari tempat yang tinggi dan kemudiannya mengalir dibawahnya sungai-sungai yang indah.
Sebenarnya air terjun kat sini tidak lah sebegitu sebab air terjun di sini akan mengalir ke dalam kolah-kolah yang bentuknya seperti telaga. Ya Allah sungguh ajaib ciptaan Mu.

Alhamdulillah seawal jam 7 pagi  kami sekeluarga mula bertolak dari rumah. Kira-kira jam 8 pagi kami sampai ke destinasi yang ditujui. Masa kami sampai takde sorang pun pengunjung yang ada sini melainkan pekerja-pekerja sekitar kawasan air terjun dan en renjer hutan menjalankan tugas harian melawat kawasan sekitar.

Ok la malas nak cite panjang lets tengok gambar yang sempat di ambil. Sori kalau gambar tak jelas tak cantik coz saya bukan jurugambar amatur. hehehe...

Kerja-kerja menaik taraf sedang dijalankan.

Menakjubkan...



Kalau nak pergi melihat air terjun kenalah bekerja keras dahulu. Korunk kena menaiki tangga ni untuk sampai ke destinasi. Berpeluh jugak lah samapi kuyup baju :)...

Setiap beberapa meter ada disediakan tempat rehat. So kalau penat boleh la relax dulu.
Jemput duduk...

Disepanjang jalan korunk akan disajikan dengan pemandangan indah yang terdiri daripada pokok-pokok yang telah hidup di sini sejak beratus tahun dahulu.

Asalnya pokok ini adalah pokok meranti tetapi disebabkan beberapa faktor, pokok meranti ini telah mati dan pokok ara yang berada di sekelilingya telah tumbuh menggantikan pokok meranti tadi. Kalau diperhatikan betul-betul pokok meranti berada di tengah-tengah kayu ara. Pada asalnya saya pun tak tahu disebabkan kami jungle tracking dengan encik renjer hutan di sini yang banyak menceritakan tentang pokok-pokok yang hidup di sini.

Menurut jurucakap amatur yang dah lama menjaga tempat ni aka en renjer hutan yang menemani kami sepanjang perjalanan from bottom to top bahagian tengah pokok ini boleh dijadikan minyak wangi. Tapi encik tu lupa nama pokok ni. Niway banyak info yang diberikan kepada kami sepanjang perjalanan. Try la gi dekat pokok ni tapi xde bau pun...hehehehe.
Mengikut sejarah minyak wangi yang dihasilkan daripada kayu kayan mempunyai bau yang kuat berbanding minyak wangi yang dihasilkan dari bunga-bungaan. Sebab itu golongan lelaki lebih gemar menggunakan minyak wangi yang bersasakan kayu kayan manakala wanita lebih cenderung kepada wangian yang dihasilkan dari bunga-bungaan sebab baunya lebih lembut dan sesuai dengan peribadi seorang wanita yang penuh kelembutan dan sensitif ^_^



PERHENTIAN 1.

Akhirnya, setelah penat berjalan kami pun sampai di air terjun yang pertama.
Semasa menaiki ke sini terserempak dengan seorang pakcik yang berusia dalam lingkungan 60-70an yang bekerja sebagai tukang sapu kat sini.
Kagum dengan pakcik tu walaupun di usia emas masih gagah mendaki bukit demi mencari rezeki.


Meruskan perjalanan...masih jauh.

Tak tahu ni pokok ape tapi nampak rare. Taste pelik..

PERHENTIAN KE-2

 Nampak macm kolam air panas tapi sebenarnya air telaga ni sejuk seperti air sungai.




Pemandangan air terjun dari cabel car.

Akibat terlalu penat kami tak dapat nak meneruskan perjalan sehingga ke kemuncak. Niat hati nak teruskan perjalanan sehingga ke kemuncak tapi tengok yang lain dah kepenatan so we decide untuk turun ke bawah. Insyallah kalau diberi lagi peluang akan saya kongsikan lagi keindahan air terjun telaga tujuh sehingga ke kemuncak. Insyaallah...

Doa Memohon Dilapangkan Dada/Hati.

".....Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan permudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku..."
(Surah Thahaa : 25-27)

Wahai hati dun worry get well soon ya ^_^...








No comments: