Monday, April 15, 2013

Kepercayaan...

Kalau dulu ape yang saya buat atau lakukan semuanya tanpa perancangan. Saya meletakkan kepercayaan jika kita merancang sesuatu pasti apa yang kita rancang itu tak kan berjaya. Sebagai contoh, next week nak window shopping dengan kengkawan dah plan macam-macam dah berangan nak dressup voge the vasss gituhhh nak tengok movie la nak makan kat sini sedap la and so on. Last-last member call cakap "gurlz sori i tak dapat nak follow coz my bf nak hajak dating"****sigh....WHAT!!!.sO sejak daripada peristiwa camgini la yang membuatkan saya tak suke nak merancang jika ingin melakukan sesuatu.
Tapi hakikatnya saya silap, tanggapan saya salah. Sebenarnya apa yang kita fikirkan atau bayangkan atau angankan itulah akan akan terjadi dengan izin Allah.
 Kajian menunjukkan orang yang berangan-angan adalah orang yang mempunyai cita-cita dalam hidup. Kalau kita sering cakap yang kita nak jadi kaya, sebenarnya 50% daripada kekayaan itu telah kita perolehi.  Cume kita perlu 50% sahaja lagi untuk mencapai kejayaan tersebut melalui usaha dan perancangan yang rapi. Betul  kata sesetengah orang tu "cakap tu doa". So, cakap la benda yang positif sahaja bukan negatif bukan menyakitkan hati.
Sejak kecil lagi saya sering mengikuti kelas-kelas motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Masa nak ambil UPSR dulu saya pernah menghadiri satu seminar motivasi yang saya sendiri lupe siapakah penceramahnya. Tapi saya masih ingat apa yang diajarkan kepada saya untuk berjaya dalam UPSR. Beliau mengajar saya untuk menulis perkataan ini "SAYA BOLEH DAPAT 5A". Then balik rumah saya pun buat la and tampal kat kepala katil kaki katil tepi katil dan dinding tepi katil pun saya tampal. Cume bawah katil je tak sempat nak tampal.hehehehe... Pendek kata saya kemana sahaja saya pergi pasti ada perkataan "SAYA BOLEH DAPAT 5A". Nak kata saya ni rajin idak ler. Dulu saya memang aktif bersukan. So nak kate sepanjang masa dihabiskan untuk belajar bukan lah cara saya. Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya. 
Jadi ianya jelas menunjukkan ape yang kita cakap samada secara zahir atau batin ape yang kita lihat dan apa yang kita dengar itu adalah sebenarnya menpengaruhi siapa diri kita. 
Kejayaan tidak akan datang bergolek. Setiap orang mesti kena ada cita-cita. Samada cita-cita jangka pendek atau jangka panjang. Semuanya perlukan usaha yang bersungguh-sungguh. 
So, from now jom buat list ape cita-cita kita tahun ini? Apa yang nak kita capai pada tahun ini? Pastu kita pergi jauh sket apa yang kita nak dalam kehidupan 10 tahun akan datang? Tepuk dada tanya selera. Jangan lupa mulakan perancangan anda hari ini jugak demi masa depan yang lebih cemerlang. INGAT! Faktor usia dan kemiskinan bukan lah faktor penghalang untuk kita berjaya. 
Jom merancang demi masa depan yang lebih terjamin...
(cewah cam buat iklan mengundi)...:)

No comments: