Wednesday, July 25, 2012

Hari Yang Memenatkan

Malam tadi adalah malam terakhir kami bekerja di ward Bendahara. Dah 3 malam beb. Fuhhhhhhhhh....memang lega rasanya bila dah last day ni. Ingatkan boleh relax sket tapi last day la yang paling menyakitkan hatiiiiiiii....

Makkkkkkkkk Toooooolongggggg.....
 Nasib baik bulan puasa kalau tidak memang nak sound dah staff nurses yang suke tido masa ada student. Memang sengaja mengambil kesempatan. Nak tido tu boleh tapi agak-agak la sampai kul 6 baru nak bangun. Lepas tu kelam kabut nak siapkan keje. Kami ni dah la 3 orang je + 1 HO baru sebulan ni ha terkontang kanting menyiapkan koje. Tak ke kejam namenye tu. Banyangkan 40 patients dan hanya ada 4 orang staff sahaja
 I REPEAT 4 ORANG STAFF SAHAJA
 yang nak handle all the patients. Memang deep vein thrombosis la kami jawapnya. 

Jaga orang sakit tak semudah jaga orang yang sihat. Macam-macam ragam. Kesabaran tu memang kene tahap gunung everest la. So anda di luar sana
 JANGAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI AHLI KELUARGA
dan jangan asyik nak meletakkan semua tanggungjawb pada orang lain. 

Masa kecik-kecik dulu kencing berak maka ayah kita yang basuh tanpa kenal erti penat. Jangan la anggap mereka beban kita dan jangan letakkan sepenuhnya tanggungjawab pada orang lain.Bayangkan bila kita dah tua nanti anak-anak kita layan macam tu kat kita. Masa tu tak guna dah nak menyesal. Pesanan untuk semua dan diri sendiri
 JAGALAH KESIHATAN
 sebelum orang lain menjaga kesihatan kita. Sebab belum tentu orang itu jaga kita dengan ikhlas.

No comments: