Friday, July 20, 2012

Delete dosa, upgrade iman, download sabar. Welcome Ramadhan ♥

Kurang daripada 24 jam umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan. Kalau masa kecik-kecik dulu bulan ramadhan adalah saat yang paling BAHAGIA sebab boleh pegi terawih dengan kengkawan. HOOORAYYYYY!!! Bukan main sonok lagi sampai tak ingat nak balik rumah.
Pakai selipar pak imam sesuke hati pastu letak balik kat tempat yang salah (kmi x curik pnjm je). Sebab tu ramai yang salah anggap ade pencuri kasut kat masjid padahal "kami pinjam sekejap je cik nak pegi tandas selipar kat belakang jauh sangat nak pusing".Hehehehe...pastu buat la muke seposen nasib baik tak kena marah.

Waktu yang paling best masa terawih ni adalah waktu makan. Macam-macam jenis makanan yang ada. Setiap hari ada saje yang berbesar hati yang budiman yang baik hati untuk menyumbangkan makanan. Diantara juadah-juadah popular pada masa tu adalah kuih-muih(wajib ada), bihun goreng, mee goreng, macam-macam jenis bubur (bubur kacang, bubur lambuk, bubur durian) roti jala, nasi ayam dan yang paling bestnya ada KFC. Apa lagi orang belum habis solat terawih kami dah bedal dulu. Maaf cik.heeeee ^_^.

Diantara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan kalau pegi terawih pula adalah main mercun dan main nyorok-nyorok. Dekat depan masjid ni ada la kedai kecil berhampiran dengan bustop yang menjual mercun. Kami sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata nak beli mercun dan bunga api. Mintak kat parents comfirm la tak dapat. Klu dulu beli bunga api yang batang halus warna merah tu dalam 100 batang baru beberapa ringgit jer. Kami buat collection dan divide samata rata kepada kengkawan. Pernah skali tu entah macam mana mercun yang kami beli tu termeletop dekat dalam masjid. Apa lagi terkejut semua orang yang tengah sembahyang. Kami pun apa lagi tanpa membuang masa lariiiiiii menyorok kat belakan tirai (takut kena marah). Kalau main nyorok-nyorok pula port kami adalah di parking kereta. Sebab kat tempat ni sunyi dan tempat yang paling strategik la untuk menyorok.

Lebih kurang dalam jam 10 malam selepas makan masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan tak sabar-sabar untuk menanti hari esok.

No comments: