Friday, July 27, 2012

Juadah berbuka Puasa Hari Ini ~ Restoran Wau

Tengah syok shopping tetiba hp berbunyi...."Kt ner?tak nak berbuka ke?"...Tengok jam dah pukul 7pm. Tinggal 30 minit je lagi untuk berbuka. Masyaallah sampai waktu berbuka pun dah tak ingat. Itulah kalau gegirl keluar bershopping. 

Suasana dalam kereta..."y'all nak makan kat mane hari ni?" semua membisu. Penat kot or sedih duit dah habis.opppssss..."HELLO y'all nak berbuka kat mana? atau y'all nak telan air liur je". Kereta entah mana menghala bawak je tanpa destinasi..."Ape kate kita makan kat Restoran Wau nak tak?" Tanpa berfikir kaki ni pun tekan jela minyak. Lagi pun sebelum ni belum pernah menjejakkan kaki ke Restoran Wau. Dengar cerita macam best jer. Why not we all try sendiri

First impression, ermmmm...tempat ni ok la. Ala-ala Full House gitu. Tapi decoration Full House lagi mantop gitu. Apa yang bagusnya Restoran Wau ni menyediakan tempat yang berhawa dingin dan outdoor. So, disebabkan terkojar-kojar kami dibuatnya sampai berpeluh-peluh (padahal naik kereta) kami memilih untuk berbuka di tempat yang berhawa dingin. Sebab ianya lebih selesa dan sesuai untuk kami yang girlish ni...cewah perasaan la SANGAT KAN!

Restoran Wau


Tempat ber'Air-cond


Tom Tam Campur RM5.50
Kat sini tom yam memang kuah putih ala-ala Thai gitu.
Lagipun Kelantan berhampiran dengan Thailand.

Nasi Goreng Pataya RM7.00


Nasi Goreng Cili Padi + Telur mata RM6.50


Nasi Goreng Kampung RM5.50


Sup Daging RM5.00

Minuman pula kami order Teh-O aIS RM2.00, jUs TemBikai RM4.50, Laici RM4.50 dan Jus Oren RM4.50. Sori tak sempat ambil gambar sebab masing-masing dah penat. Makanan ok  la sedap terutamanya Nasi Goreng Cili Padi dan Nasi Goreng Kampung.
Tapi minuman agak mahal sedikit.

Anyway dah cerita panjang lebar korunk pun boleh la datang kat sini untuk menikmati pelbagai juadah dan hidangan samada western mahupun masakan panas ada disediakan. Tapi pastikan anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke sini (bulan pose jela) kalau hari biasa just walk in bring urself relax and chill bersama family or rakan-rakan. Kalau tidak telan air liur la jawapnya macam kami. Orang lain dah habis makan baru kami nak menikmati juadah berbuka.

Kalau korunk nak chill bersama family tempat ni memang sesuai. Sebab ianya boleh memuatkan sehingga 10-12 orang/table. Kami dah cuba anda bila lagi?

Seksyen 9, 
Jalan Tengu Petra Semerak, 
15000 Kota Bharu, 
Kelantan.
+609-7489333


Thursday, July 26, 2012

OH My Ex-Workplace

OH My Ex-Workplace

OH My Desk...

OH My Cupboard...

Doorgift...TQ Boss

ala tomey-tomey...

HELLO jangan salah guna harta kerajaan OK...

Meeting...meeting and meeting

Hari-hari kerja lalalalala...



Tanpa mesin ni koje memang tak jalan...

Kalau korunk nak tahu ini la my exxxxx-office. Masa dulu nak dapat keje bukan senang. Global economic masa tu tak stabil semasa akhir pemerintahan bush dan di awal pemerintahan Obama. Malaysia ketika itu masih dipegang oleh Tun Mahathir. Pukul 5 pagi dah bangun untuk bersiap nak pergi kerja.Takut kenea tinggal bas. Dulu susah pergi kerja naik train/bus je yang mampu. Nak beli kete tak mampu la katakan. Tapi pengalaman berebut bas, naik train dan ditinggalkan bas adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Lagi-lagi kalau berebut dengan mat-mat indon dan bangla memang melekat bau kat ingatan nih. Perghhhhh... 








Kisah Lama

Pernah bekerja sebagai setiausaha di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya secara sambilan.
Gaji tak la banyak sangat tapi happy sangat keje kat sane. Bos and staff sume baik-baik.
Yang paling penting environment sangat-sangat la condusive kalau nak di compare kan dengan sekarang ni jauh rim dari tayor. Setelah setahun bekerja aku pun membuat keputusan yang drastik untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang jauh berbeza. Memang menyesal sangat-sangat.
Tapi Tuhan tu lebih tahu ape yang terbaik untuk kita. 

Office...

Overtime!
Pegi keje gelap balik pun gelap.

Jiran sebelah...

Bus stop!
Kalau anda teror sila teka lokasi bustop kat gambar di atas.

Tempat tunggu bas. Sungguh terapeutik kan. Sesuai untuk dating.


Pemandangan dari dalam office. 
Cantik kan. Tenang jer. Actually gambar ni diambil dari dalam bilik bos. 
Bilik kami bersebelahan je. Bilik bos boleh nampak view luar. 
Bilik sy boleh nmpk bilik bos. Ner aci!

Wednesday, July 25, 2012

Hari Yang Memenatkan

Malam tadi adalah malam terakhir kami bekerja di ward Bendahara. Dah 3 malam beb. Fuhhhhhhhhh....memang lega rasanya bila dah last day ni. Ingatkan boleh relax sket tapi last day la yang paling menyakitkan hatiiiiiiii....

Makkkkkkkkk Toooooolongggggg.....
 Nasib baik bulan puasa kalau tidak memang nak sound dah staff nurses yang suke tido masa ada student. Memang sengaja mengambil kesempatan. Nak tido tu boleh tapi agak-agak la sampai kul 6 baru nak bangun. Lepas tu kelam kabut nak siapkan keje. Kami ni dah la 3 orang je + 1 HO baru sebulan ni ha terkontang kanting menyiapkan koje. Tak ke kejam namenye tu. Banyangkan 40 patients dan hanya ada 4 orang staff sahaja
 I REPEAT 4 ORANG STAFF SAHAJA
 yang nak handle all the patients. Memang deep vein thrombosis la kami jawapnya. 

Jaga orang sakit tak semudah jaga orang yang sihat. Macam-macam ragam. Kesabaran tu memang kene tahap gunung everest la. So anda di luar sana
 JANGAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI AHLI KELUARGA
dan jangan asyik nak meletakkan semua tanggungjawb pada orang lain. 

Masa kecik-kecik dulu kencing berak maka ayah kita yang basuh tanpa kenal erti penat. Jangan la anggap mereka beban kita dan jangan letakkan sepenuhnya tanggungjawab pada orang lain.Bayangkan bila kita dah tua nanti anak-anak kita layan macam tu kat kita. Masa tu tak guna dah nak menyesal. Pesanan untuk semua dan diri sendiri
 JAGALAH KESIHATAN
 sebelum orang lain menjaga kesihatan kita. Sebab belum tentu orang itu jaga kita dengan ikhlas.

Budak Darjah 1 Pun Tahu

Ada SEORANG BUDAK darjah 1 nieh..Dia selalu SENYUM kat TABUNG MASJID..
SIKAP budak itu dilihat oleh IMAM..Dan IMAM tu berasa HAIRAN..
Suatu hari,IMAM b'tanye kepada BUDAK tersebut..

"Kenapa adik SENYUM kat TABUNG tu?"

BUDAK tu pon jawab..

"CIKGU saya PESAN,SENYUM ITU SEDEKAH"

Saya tak ada DUIT nak SEDEKAH..Jadi saya SENYUM je lah kat TABUNG tu ;))

Saturday, July 21, 2012

Jom Makan Di Showru Cafe

Satu lagi tempat menarik JJCM adalah Showru cafe di Petaling Jaya. Setakat ni memang belum penah sampai lagi la. Tapi Insyaallah coming cuti akan chill kat sana bersama family. Memang gila dengan makanan western yang osem, masakan panas seperti tomyam potet special ala thai, sup gear box, dan kuih-muih seperti popiah basah cuma RM0.80/ketul memang murah kan. Yang penting sedap dan kebersihan perlu diutamakan.

Insyaallah kalau dah pegi nanti akan update photo makanan yang osem kat sini supaya korunk pun boleh la survey tempat makanan yang menarik di malaysia. Dan yang penting harga berpatutan.

Sempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini Showru cafe akan dibuka sehingga jam 5 pagi. So, kepada sesape yang nak bersahur tu boleh la datang ke sini untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Kepada sesiapa yang berada di sekitar Selangor dan KL boleh la berkunjung di Showru Cafe untuk menikmati makanan yang amat lah osem. Selamat mencuba....


Showru Cafe & Bistro
(hadapan bangunan MAS)
Lot 220, Jalan SS 7/15,
Jalan Stadium,
Petaling Jaya, Selangor.
016-6779918


Selamat bertugas di bulan Ramadhan

Today is my 1st day working at hospital after a long break is about 2 month ago. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi serta fizikal dan emosi yang mantop gitu. Kesian tengok patient yang sakit. Rasa bersyukur sangat dapat diberi peluang untuk berpuasa lagi pada kali ini. To all my luvly patient u have to be strong dan kami selalu doa semoga cepat sembuh.

1st Ramadhan

1st day ramadhan rasa amat teruja skali. Alhamdulillah sempat menunaikan terawih bersama-sama rakan tersayang. Hampir menitiskan air mata bila mendengar laungan azan. Lame tak pegi masjid dan dengar azan secara live. Biasenya dengar sayup-sayup jer dari jauh.Walaupun sambutan kali ini tak sehebat seperti tahun sebelumnya sebab ramai pelajar USM masih bercuti tetapi kehangatan ramadhan amat dirasai. Tak sabar nak terawih lagi. Ingat masa kecik-kecik dulu suka sangat pi terawih. Kenangan dulu tak pernah dilupakan.

Syukran

Alhamdulillah hari pertama berpuasa semuanya berjalan dengan lancar. Syukran Ya Allah di atas rezeki yang Engkau berikan dan kesihatan yang sempurna yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Semoga segala ibadah dan amalan diterima dan mendapat keberkatan daripada Mu Ya Allah.


Friday, July 20, 2012

Delete dosa, upgrade iman, download sabar. Welcome Ramadhan ♥

Kurang daripada 24 jam umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan. Kalau masa kecik-kecik dulu bulan ramadhan adalah saat yang paling BAHAGIA sebab boleh pegi terawih dengan kengkawan. HOOORAYYYYY!!! Bukan main sonok lagi sampai tak ingat nak balik rumah.
Pakai selipar pak imam sesuke hati pastu letak balik kat tempat yang salah (kmi x curik pnjm je). Sebab tu ramai yang salah anggap ade pencuri kasut kat masjid padahal "kami pinjam sekejap je cik nak pegi tandas selipar kat belakang jauh sangat nak pusing".Hehehehe...pastu buat la muke seposen nasib baik tak kena marah.

Waktu yang paling best masa terawih ni adalah waktu makan. Macam-macam jenis makanan yang ada. Setiap hari ada saje yang berbesar hati yang budiman yang baik hati untuk menyumbangkan makanan. Diantara juadah-juadah popular pada masa tu adalah kuih-muih(wajib ada), bihun goreng, mee goreng, macam-macam jenis bubur (bubur kacang, bubur lambuk, bubur durian) roti jala, nasi ayam dan yang paling bestnya ada KFC. Apa lagi orang belum habis solat terawih kami dah bedal dulu. Maaf cik.heeeee ^_^.

Diantara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan kalau pegi terawih pula adalah main mercun dan main nyorok-nyorok. Dekat depan masjid ni ada la kedai kecil berhampiran dengan bustop yang menjual mercun. Kami sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata nak beli mercun dan bunga api. Mintak kat parents comfirm la tak dapat. Klu dulu beli bunga api yang batang halus warna merah tu dalam 100 batang baru beberapa ringgit jer. Kami buat collection dan divide samata rata kepada kengkawan. Pernah skali tu entah macam mana mercun yang kami beli tu termeletop dekat dalam masjid. Apa lagi terkejut semua orang yang tengah sembahyang. Kami pun apa lagi tanpa membuang masa lariiiiiii menyorok kat belakan tirai (takut kena marah). Kalau main nyorok-nyorok pula port kami adalah di parking kereta. Sebab kat tempat ni sunyi dan tempat yang paling strategik la untuk menyorok.

Lebih kurang dalam jam 10 malam selepas makan masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang gembira dan tak sabar-sabar untuk menanti hari esok.