Friday, November 11, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah hari ini dah 3 paper berkahir. Tinggal lagi 2 paper jer lagi. Esok rest sehari lusa continue. Belum habis exam dah terpacak depan pc ni. Haish ape nak jadi dengan budak ni. Memang tak faham la. Entah la bagai aur dengan tebing la, bagai enggang dengan pipit la, bagai anjing dengan kucing haha berbagai-bagai lagi la.
Unggunya Cinta
Bestnye cite Unggunya Cinta tapi yang tak bestnye duit tinggal 5 hinggit jer dalam poket ni. Nak makan ape la esok. Setakat hari ni boleh la nak beli tau fu fa kegemaran saya tu..hmmm bile nak keje ni. Ade sesape tak nak bagi job. Yang penting job halal okey...Sambung balik tengok movie...
Tuesday, November 8, 2011
Debaran Exam...Ceng ceng ceng
Wahhhhhh tak sangka esok dah nak exam. Preparation tak la sehebat mane. Hope sumenye berjalan dengan lancar sehingga hari akhir peperiksaan. Nak kate berdebar-debar tu idak la sangat. Osce lagi menakutkan.
Monday, November 7, 2011
STOP IT!
Haish memang tak faham la dengan die ni yang saya gelarkan "Witch" selalu tak puas hati. Apasal entah nak kate lebih lawa dari die memang pun. Selalu jer nak cari pasal. Memang tak faham sikap wanita ni memang unpredictable...
Sunday, November 6, 2011
Kenapa ada notes dalam blog...
Mesti ade yang pelik kan kenapa banyak sangat notes dalam blog ni. HAAAAA untuk pengetahuan korunk saya ni tak suke membaca. So saya pun carilah inisiatif supaya minat membaca itu timbul dengan sendiri barulah ape yang kite baca tu melekat dalam kepala ni. Akhirnya saya pun buat keputusan untuk letakkan notes2 saya dalam blog ni supaya lebih menarik. Lagipun kat blog ni kosong dan saya pun xde cerita menarik yang nak dikongsikan. Notes2 yang saya buat ni adalah berdasarkan kefahaman saya dan juga melalui pembacaan saya. Kalau ade tersilap fakta tu maaf la ye. Saya pun masih belajar lagi....
Dimulakan dengan Bismillah...
Mandi pun sudah makan pun sudah. Perut dah kenyang ati pun senang. Pe lai pi la tdo...woooo tapi sebelum tu exam dah nak dekat kenela buat preparation dulu. Let me think first what's the topic for today....hmmm rasenye nak check it out note medical and we start with Diabetes Mellitus. Sound great. Hopefully melekat notes tu dalam otak ni until exam nanti. Bismillah...marilah kita menuntut ilmu sesungguhnya ilmu itu akan mengangkat martabat seseorang itu di sisi Allah dan sekian alam.
Alhamdulillah...Rezeki dari Yang Maha Esa
Wahhhhh....banyak sungguh makanan hari ni. Walaupun jauh di negeri orang tetapi kemeriahan tetap di rasai beraya bersama rakan-rakan tersayang. Thanks to Mak teh coz sudi buatkan rendang, ketupat dan kuah kacang and tak lupe jugak kepada Fix yang belanja mcD sebab hang kan dah keje kene la belanja orang yang masih belajar ni. Ok la malam ni rase macam ulaq sawa dah esok jela upload gambar. Nak pi tdo dlu. Esok nak sambung buat notes untuk exam....FIGHTING!
Saturday, November 5, 2011
'Allahu-Akbar, Allahu-Akbar, Allahu-Akbar
Aduh sentap hatiku mendengar takbir memalam begini...walaupun jauh di negeri orang tetapi rendang, ketupat dan lemang emak tetap aku rindui. Walau ape pun perjuangan harus diteruskan. Semoga aku dan rakan-rakan akan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Aminnn....Selamat Hari Raya Aidiladha
Lugol's Iodine (Hyperthyroidism)
Tanggungjawab dalam pemberian ubatan Lugol's Iodine.
- Penerangan tentang tujuan pemberian ubatan Lugol's Iodine dalah untuk mengurangkan vascularity kelenjar dengan tindakan iodine menekan, menghalang sintesis dan pengeluaran Thyroid Hormone serta komplikasi adalah hypothyroidism yang ditunjukkan dengan simptom seperti fatigue.
- Makan ubatan mengikut masa untuk stabilkan Thyroid Hormone.
- Contoh Lugol's Iodine diberi 0.ml1-0.3ml x 10-14/days before operation.
- Ases kesan hypersensityvity iodine seperti alah makanan laut sebelum pemberian ubatan.
- Lugol's Iodine mempunyai rasa pahit oleh itu cairkan bersama susu coklat atau oren.
- Minum guna straw kerana Lugol's Iodine akan memberi warna kepada gigi.
- Ases tanda pendarahan kerana Lugol's Iodine mempunyai kesan anticoagulant.
Carbimazole (Hyperthyroidism)
Tanggungjawab dalam pemberian ubatan Carbimazole.
- Beri penerangan kepada pesakit tujuan pemberian ubatan carbimazole adalah untuk stabilkan paras T3 dan T4, bagaimana ubat bertindak untuk menurunkan paras hormon serta komplikasi seperti hypothyroidism.
- Amalkan prinsip 6 Right iaitu right patient, right medication, right dose, right time,
- Ambil ubatan bersama makanan bagi elak iritasi pada gaster.
- Ambil ubat pada masa yang sama setiap hari untuk memastikan parashormone sentiasa stabil dan memastikan keberkesanan ubatan.
- Monitor tanda-tanda hypothyroidism dengan melakukan ujian paras T3 dan T4 akan menurun dan pesakit akan menunjukkan simptom seperti fatigue, hypothermia.
- Lapor.
Perubahan Nutrisi : Hypermetabolism
- Tingkatkan pengambilan kalori 3000-5000kcl/day bagi membekalkan tenaga contoh karbohidrat iaitu nasi, protein iaitu ikan dan tinggi vitamin A , C dan mineral.
- Tingkatkan pengambilan cecair 2-3 liter/day bagi elak dehidrasi dan membantu dalam menurunkan suhu badan.
- Kurangkan pengambilan fiber bagi elak diarrhea, makanan yang berempah dan pedas juga perlu dielakkan bagi mengurangkan mortality usus.
- Elak pengambilan kopi, tea dan alkohol atau minuman bercaffeine akan mengakibatkan hyperaktivity dan memerlukan tenaga yang banyak dan pembakaran kalori yang berlebihan.
- Rancang jadual waktu makan seperti 6x/day iaitu makan sedikit tetapi kerap dan ambil makanan sebelum tidur bagi elak lapar.
- Ambil makanan mengikut keperluan badan atau mengikut aktiviti yang dilakukan.
- Monitor berat badan dan segera jumpa doktor jika berat turun 2kg secara mendadak atau dalam masa 1 minggu.
Komplikasi Hyperthyroidism
Komplikasi
- Thyroid Crisis / Thyroid Storm - Berhenti makan ubat antithyroid.
- Cardiac hypertrophy - Berlaku disebabkan jantung mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih kuat bagi memenuhi permintaan oksigen dalam badan.
- Gastrousus (Diarrhea) - Disebabkan hyperactivity bowel movement.
Heat Intolerence Related to Hypermetabolism
Heat Intolerence Related to Hypermetabolism
- Air 2-3 liter/day - Ambil minuman / air masak 2-3 liter sehari bagi elak dihidrasi.
- Mandi kerap bagi elak berpeluh dan menurunkan suhu badan.
- Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada cotton bagi membebaskan haba badan ke persekitaran dan menyerap peluh.
- Lakukan aktiviti ringan dan kurangkan aktiviti yang berpeluh.
- Pasang kipas, aircond dan buka tingkap untuk pengudaraan yang baik.
Hyperthyroidism / Thyroisdtoxicosis (Graves' Disease)
Definisi
Hyperthyroidism / Thyroisdtoxicosis (Graves' Disease) adalah sejenis penyakit autoimune di mana badan seseorang akan menghasilkan antibodi yang menyerupai tindakan Thyroid Stimulating Hormone (TSH). Antibodi ini akan terus meransang thyroid glands untuk menghasilkan Thyroid Hormone (TH). Oleh itu berlaku peningkatan paras Hormone Thyroid dalam badan seseorang.
Manifestasi Klinikal yang ditunjukkan oleh seseorang yang menghidapi Hyperthyroidism / Thyroisdtoxicosis (Graves' Disease).
Hyperthyroidism / Thyroisdtoxicosis (Graves' Disease) adalah sejenis penyakit autoimune di mana badan seseorang akan menghasilkan antibodi yang menyerupai tindakan Thyroid Stimulating Hormone (TSH). Antibodi ini akan terus meransang thyroid glands untuk menghasilkan Thyroid Hormone (TH). Oleh itu berlaku peningkatan paras Hormone Thyroid dalam badan seseorang.
Manifestasi Klinikal yang ditunjukkan oleh seseorang yang menghidapi Hyperthyroidism / Thyroisdtoxicosis (Graves' Disease).
- Goiter - Disebabkan peningkatan Hormone Thyroid menyebabkan berlaku pembengkakan pada kelenjar thyroid.
- Exophtalmos - Disebabkan pengumpulan lemak di rectro orbital menyebabkan mata tersembul keluar.
- Photophobia dan mata berair
- Suhu badan meningkat - Disebabkan hypermetabolism
- Respiratory (Dyspnea) - Disebabkan kelenjar thyroid membengkak menekan trachea menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
- Musculoskeletal (Fatigue) - Pergerakan pesakit cepat tetapi cepat merasa letih.
- Diaphoresis terutama tapak tangan.
- Flushed face.
- Gangguan emosi dan aktiviti saraf simpatetik meningkat.
- GIT
- Nausea and Vomiting
- Selera makan bertambah - Disebabkan peningkatan aktiviti smooth muscle menyebabkan peritalsis meningkat dan penyerapan cepat berlaku.
- Diarrhea - Pesakit jadi kurus kerana pemecahan tisu lemak.
- Berat badan menurun - Makanan di metabolise dengan cepat.
Bagaimana Hyperthyroidism / Thyroisdtoxicosis (Graves' Disease) boleh mengakibatkan palpitation...
Peningkatan Thyroid Hormone.
Peningkatan Thyroid Hormone.
Hypermetabolism.
Meningkatkan aktiviti symphatetic nervous system.
Meransang sistem jantung untuk pam dengan lebih laju untuk memenuhi keperluan oksigen yang diperlukan oleh badan.
Meningktkan Heart Rate dan Cardiac Output.
Menyebabkan Palpitation dan Tarkikardia.
Now time to study...
Alamak diam tak diam tinggal 3 hari saje lg nak exam. Persediaan pun x buat lagi. Osce hari tue memang dah kasi hancur habis punye. Malam ni nak pulun kasi habis sume subjek. Mampukah???? Need miracle...Semoga segalanya akan dipermudahkan. Amin...
Friday, November 4, 2011
Salam Perkenalan
Assalammualaikum...
Bagai jatuh bangun semula....
Begitulah keadaan pada masa itu. Ketika itu baru memulakan kerjaya sebagai setiausaha di sebuah institusi kerajaan di Putrajaya. Akhirnya, mengambil keputusan untuk melanjutkan semula pelajaran dalam bidang yang jauh berbeza dari sebelum ni.
Bersambung
Dah lame rasenye tak menulis dalam blog ni. Entah kenapa terdetik hati pada hari ini untuk menjengah ke blog sendiri. Selama ni duk usha blog orang lain je tp malas nak update blog sendiri. Maybe sebab bosan sangat tak tau nak buat ape. Memang selama ini baca buku pun malas ni kan pula nak menulis. Idak ler jawabnya.
Detik-detik untuk membuat blog sendiri....
Sebenarnya blog ni dibuat berdasarkan rentetan pertemuan di antara dua sahabat yang telah lama terpisah. Dengan izin Allah akhirnya kami bertemu kembali. Tapi pertemuan kali ini bagaikan cahaya yang menyapa di jendela dan menghilang setelah tiba masanya untuk ia pergi. Saya percaya dengan ketentuan illahi pasti ada hikmah di sebaliknya...
Bagai jatuh bangun semula....
Begitulah keadaan pada masa itu. Ketika itu baru memulakan kerjaya sebagai setiausaha di sebuah institusi kerajaan di Putrajaya. Akhirnya, mengambil keputusan untuk melanjutkan semula pelajaran dalam bidang yang jauh berbeza dari sebelum ni.
Bersambung
Subscribe to:
Posts (Atom)