Sunday, March 31, 2013

Andai Cinta Itu Milik Ku>>

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin

Thursday, March 21, 2013

LOTI YAW!

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah baru selesai kursus membuat loti@roti. Penat tapi best....sume peserta makcik2 jer but diorang ni giler2 sket...enjoy d moment and nak share some picture wif u guys.Let's cekidaut!

Tak sabarnye nk makan...

Gebunye...rs nk picit-picit



Tadaaaa...dh siap.

Wahai sang pelangi indah...

Cicah tea-o...dapnyer.

Love it!tak sabar...

Ready untuk bakar...

Chentahatyku...


Wif jiran depan rumah.


Secret Recipe...

Sebelum packing barang nak balik kg malam ni sempat lagi nak upload gambar...
Kelabu and putih pun nak itut skali...
Tak sabarnye nak balik kg...but kt sane xde line internet....nangesss!!!














Tuesday, March 19, 2013

Finally YEMEN HANDRAMAWT SHINY COTTON In The House

Assalamualaikum wbt...

Fuhhh...punye lame order telekung ni dah dekat sebulan baru sampai Malaysia. Tak sabar rasanya nak tunjuk kat y all coz telekung ni b'bentuk jubah. Walaupun fizikaly nampak biase jer tapi bile dah pkai rasa selesa sangat-sangat. Ok la malas nak cite pepanjang lets cekidaut!


Free size

Kat bahagian hujung tangan ade penyangkut berbentuk cicin untuk elak 
kain terselak semasa mengangkat tangan.

Bahagian tangan.


Siap ade poket lagi y all boleh simpan barang penting.


Bahagian kepala.

rasa cam nak gi umrah lak...insyaallah 2 tahun lagi.
 Lets saving kawan-kawan.



Kalau korunk berminat nak order telekung ni leh la or di sini http://www.facebook.com/pages/Dasima-Boutique-Online/207969365923456

Telekung ni mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana. Kalau nak letak dalam handbag pun muat, so xde alasan lagi x nak solat sebab tak bawa kain sembahyang.

INGAT kawan-kawan bukan nak jumpa pakwe je kena cantik.
Terima kasih coz sudi membaca entri yang tak seberapa ni.



Friday, March 15, 2013

INSOMNIA

Assalammualaikum wbt...

Pernah tak korunk rase susah nak tdo malam. Walhal korunk bgn awal pagi dan tak tdo pada siang hari. Insomnia banyak terjadi kepada mereka yang terlalu stress. Kalau glgn muda msti putus cinta sampai tak tdo malam...ehemmm cam org tu...hello belum declare ape-ape relationship pun tau...

Definisi insomnia adalah gangguan/kesukaran untuk tidur yang ditunjukkan ciri-ciri seperti berikut :

1) Kesukaran untuk tidur
2) Terjaga pada waktu malam dan susah untuk kembali tidur
3) Bangun pada awal pagi
4) Letih lesu

Jenis-jenis insomnia terbahagi kepada dua iaitu :

1) Primary Insomnia
Gangguan tidur yang tiada kaitan dengan masalah kesihatan

2) Secondary Insomnia
Gangguan tidur yang disebabkan masalah kesihatan contohnya asthma.

Acute vs Chronic Insomnia.

Insomnia acute berlaku secara tiba-tiba dan berlaku dalam jangka masa yang pendek sahaja manakala Chronic Insomnia adalah rentetan dari acute insomnia yang tidak dirawat dan berlaku dalam tempoh yang berpanjangan.

Sebab-sebab Insomnia :

1) Stress (kehilangan kerja, tempat tinggal, kehilangan orang tersayang etc)

2) Penyakit (asthma-kesukaran untuk bernafas terutama waktu malam, mental disorder-depression or
    anxiety)

3) Emosional or physical discomfort

4) Persekitaran (bunyi bising, cahaya terlalu terang, suhu terlalu panas atau sejuk etc)

5) Ubatan

Terapi Insomnia.

1) Cari punca kenapa sukar untuk tidur. Contoh bergaduh dengan pakwe ke....tet. Dah tahu punca
    selesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang. Ingat jangan pernah lari dari masalah.

2) Latih diri untuk tidur pada waktu yang ditetapkan.

3) Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan elak rokok dan alcohol juga dapat bantu elak insomnia.

4) Ubatan

Setiap penyakit yang datang itu adalah penghapus dosa...Doa itu sungguh ajaib. Jangan pernah putus harapan dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Perbaiki diri supaya menjadi yang lebih baik. Insyallah...