Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti Dialog Budget Negeri Selangor.
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara membangun tetapi negeri Selangor boleh diketagorikan sebagai negeri Maju!
Yes negeri Selangor setanding negara maju walaupun Malaysia masih negara membangun.
Bagaimana untuk mengukur tahap negara maju?
1-Tahap pendidikan
2-Tahap kesihatan
3-Politik
4-Gaji
Ini yang saya dapat tangkap masa perbahasan mereka. Maafkan saya andai saya tersilap.
Merujuk YAB MB Selangor peratusan pekerja asing akan diturunkan 20% pada 2020. Terdapat juga beberapa ahli dewan yang tidak bersetuju dan agak mustahil tanpa buruh asing mana mungkin banggunan-banggunan dapat disiapkan. Mana mungkin jalan raya dapat diturap dan pelbagai.
Bagi YAB MB Selangor penurunan kadar pekerja asing perlu diturunkan bagi mengawal kadar pengaliran keluar mata wang negara. Lebih kurang 30 bilion telah dikeluarkan bagi menggaji pekerja asing pada tahun lepas (maafkan saya andai saya tersilap). Kadar jenayah juga turut bertambah disebabkan kehadiran warga asing yang tidak dibendung.
30 bilion bukan sedikit boleh bina hospital kot!
Selain daripada itu, sekiranya penurunan kadar pengambilan warga asing dapat dilaksanakan ini akan menambah peluang pekerjaan kepada warga tempatan sekiranya pihak pemaju atau syarikat menaikkan kadar gaji yang sedia ada daripada RM1500 kepada RM1800 sebulan.
Bagi saya yang bertugas di hospital masalah lambakan pekerja asing menyebabkan tunggakan bayaran bil-bil hospital apabila majikan tidak menyediakan skim insurans kepada pekerja warga asing ini.
Pihak hospital kadang-kala terpaksa melayan karenah majikan yang tidak mahu membayar bayaran bil hospital atas alasan bukan atas tanggungjawab mereka. Panggilan demi panggilan di buat tetapi tidak terjawab dan mereka ini terkandas di hospital.
Pihak hospital tetap memberi layanan samarata pada mereka diatas dasar perikemanusiaan. Tetapi segelintir majikan yang memikirkan keuntungan semata-mata menyebabkan kerajaan menanggung kos ribuan dan mungkin jutaan ringgit akibat tunggakan bayaran daripada warga asing.
Tunggakan ini boleh membayar gaji atau menggaji pekerja yang lebih sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab yang samarata.
Soalan saya yang tidak kesampaian pada YAB MB Universiti Kerajan Negeri Selangor telah diwujudkan sejak sekian lama dahulu.
Cadangan saya supaya Hospital dibawah seliaan kerajaan negeri juga boleh dibuka bagi memberi manfaat kepada penduduk negeri Selangor dan saya yakin para Doktor dan paramedik serta jururawat yang ketika ini bertugas di luar negara pasti akan kembali untuk berkhidmat untuk negeri tercinta.
Ini juga mungkin boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dan tidak terlalu berharap pada kerajaan persekutuan.