Bismillahirahmanirahhim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Adab dalam berdoa yang selama ni aku sendiri salah dan tak faham tentang cara yang betul untuk memohon sesuatu. Salah satu diantara adab-adab dalam berdoa ialah isi kandungan doa itu sendiri. Kadang-kadang aku ni tamak doa macam-macam sampai lupe nikmat Allah SWT berikan. Dan kadang-kadang tu doa ikut nafsu. Bila marah dengan si fulan mendoakan yang tak baik untuk si fulan. Dan bila menginginkan sesuatu siap cakap details apa yang kita nak.
Sebagai contoh yang tak patut kita buat dalam berdoa. Contoh kita teringin sangat nak pakai kereta besar. Sekarang ni pakai moto je. Lalu kita pun berdoa :
" Ya Allah berikan aku sebuah kereta berjenama BMW bersiri sekian sekian sekian".✖
Sepatutnya kita perlu berdoa sebegini :-
"Ya Allah berikan aku kenderaan yang lebih baik supaya dapat melindungi diriku dan keluargaku dari panas terik matahari dan hujan serta memudahkan urusanku".✔
Sama juga kalau kita nak berdoa dalam memohon petunjuk mencari pasangan atau jodoh kita.
"Ya Allah berikan aku pasangan yang dapat mebimbingku dan anak-anak ku ke syurga mu, suami yang adil, luas rezekinya, baik akhlaknya dan tidak menzalimi kaum wanita".
Kalau dulu aku selalu berdoa semoga dijodohkan dengan si fulan dan si fulan. Dan ini sebab kenapa doa kita tak terjawab. Recheck balik wuduk kita betul atau tidak, solat 30 tahun belum tentu kita betul.
Bagaimana pula dengan solat Istikharah lebih details kita menyebut niat kita. Dalam berdoa solat-solat sunat lain yang diajar sekiranya kita memohon sesuatu hajat sebagai contoh solat hajat solat istikharah dan masa-masa yang sesuai dan mustajab untuk kita berdoa.
Semoga segala hajat dan permintaan kita adalah untuk akhirat. Ingatlah bahawa sekiranya kita melepaskan dunia nescaya Allah akan menggantikan yang lebih baik di akhirat kelak.
Saturday, November 9, 2019
Thursday, October 17, 2019
Doa Nabi Muhammmad SAW Ketika di Thaif.
Nabi Muhammad SAW memutuskan untuk pergi ke Thaif pada bulan Syawal tahun ke10 kenabian setelah perlakuan kaum kafir Quraisy Mekah semakin menjadi-jadi. Jarak perjalanan 60 batu dari Mekah.
Baginda bersama Zaid bin Haritsah menuju ke Thaif dengan berjalan kaki. Namun penduduk Thaif tidak ada seorang pun yang menerima ajakan Baginda. Malah Baginda dicemuh, dicaci dan dibaling batu hingga berdarah.
Kemudian Baginda berlindung di sebuah kebun milik Utbah dan Syaibah, putera Ibnu Rabiah yang jaraknya 3 batu dari kota Thaif. Baginda duduk di bawah pohon anggur dan memanjatkan doa kepada kepada Allah menumpahkan segala kesedihan di dalam dada.
"Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada Mu akan lemahnya kekuatanku, kurangnya daya upayaku dan remehnya aku di mata mereka. Wahai Zat yang Maha Penyanyang antara para penyayang, Tuhan orang-orang tertindas, Engkau adalah Tuhanku, kepada siapakah Engkau akan menyerahkan diriku? Apakah kepada kerabat yang memusuhiku atau kepada musuh Eggkau kuasakan kepadanya urusanku? Akan tetapi, aku tidak peduli dengan semuanya selama Engkau tidak murka terhadapku, sedang ampunan Mu kepadaku lebuh luas daripada murka Mu. Aku berlindung kepada cahaya Zat Mu yang menerangi kegelapan dan urusan dunia dan akhiratku menjadi baik kerananya, agar jangan Engkau turunkan murka Mu kepadaku atau Engkau timpakan kemarahan Mu kepadaku. Hanya kepada Engkaulah aku memohon belas kasihan hingga Engkau reda. Tiada daya untuk menghindar daripada kemaksiatan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolangan-Mu"
Doa ini amat terkesan bilamana satu hari peristiwa yang tidak diingini berlaku ke atas diri sendiri. Semoga apa yang berlaku di Thaif dan semangat Baginda berjuang dalam menyebarkan Islam walau ditolak penduduk Thaif secara kasar dapat menjadi pengajaran supaya diri ini lebih tabah.
Hanya mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri supaya tiada dendam di dalam hati dan dapat memaafkan setiap perlakuan atau perkataan yang mengguris hati.
Cekal seseorang setimpal dengan dugaan yang diterima.
"Ya Allah Engkau bawa kesedihan ini pergi bersama-sama dengan hujan yang turun lebat ini dan Engkau kurniakan redha Mu kepadaku. Semoga musibah yang menimpa diriku dapat menghapus dosaku."
Wednesday, September 11, 2019
Dialog Budget Negeri Selangor 2020
Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti Dialog Budget Negeri Selangor.
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara membangun tetapi negeri Selangor boleh diketagorikan sebagai negeri Maju!
Yes negeri Selangor setanding negara maju walaupun Malaysia masih negara membangun.
Bagaimana untuk mengukur tahap negara maju?
1-Tahap pendidikan
2-Tahap kesihatan
3-Politik
4-Gaji
Ini yang saya dapat tangkap masa perbahasan mereka. Maafkan saya andai saya tersilap.
Merujuk YAB MB Selangor peratusan pekerja asing akan diturunkan 20% pada 2020. Terdapat juga beberapa ahli dewan yang tidak bersetuju dan agak mustahil tanpa buruh asing mana mungkin banggunan-banggunan dapat disiapkan. Mana mungkin jalan raya dapat diturap dan pelbagai.
Bagi YAB MB Selangor penurunan kadar pekerja asing perlu diturunkan bagi mengawal kadar pengaliran keluar mata wang negara. Lebih kurang 30 bilion telah dikeluarkan bagi menggaji pekerja asing pada tahun lepas (maafkan saya andai saya tersilap). Kadar jenayah juga turut bertambah disebabkan kehadiran warga asing yang tidak dibendung.
30 bilion bukan sedikit boleh bina hospital kot!
Selain daripada itu, sekiranya penurunan kadar pengambilan warga asing dapat dilaksanakan ini akan menambah peluang pekerjaan kepada warga tempatan sekiranya pihak pemaju atau syarikat menaikkan kadar gaji yang sedia ada daripada RM1500 kepada RM1800 sebulan.
Bagi saya yang bertugas di hospital masalah lambakan pekerja asing menyebabkan tunggakan bayaran bil-bil hospital apabila majikan tidak menyediakan skim insurans kepada pekerja warga asing ini.
Pihak hospital kadang-kala terpaksa melayan karenah majikan yang tidak mahu membayar bayaran bil hospital atas alasan bukan atas tanggungjawab mereka. Panggilan demi panggilan di buat tetapi tidak terjawab dan mereka ini terkandas di hospital.
Pihak hospital tetap memberi layanan samarata pada mereka diatas dasar perikemanusiaan. Tetapi segelintir majikan yang memikirkan keuntungan semata-mata menyebabkan kerajaan menanggung kos ribuan dan mungkin jutaan ringgit akibat tunggakan bayaran daripada warga asing.
Tunggakan ini boleh membayar gaji atau menggaji pekerja yang lebih sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab yang samarata.
Soalan saya yang tidak kesampaian pada YAB MB Universiti Kerajan Negeri Selangor telah diwujudkan sejak sekian lama dahulu.
Cadangan saya supaya Hospital dibawah seliaan kerajaan negeri juga boleh dibuka bagi memberi manfaat kepada penduduk negeri Selangor dan saya yakin para Doktor dan paramedik serta jururawat yang ketika ini bertugas di luar negara pasti akan kembali untuk berkhidmat untuk negeri tercinta.
Ini juga mungkin boleh menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dan tidak terlalu berharap pada kerajaan persekutuan.
Wednesday, May 15, 2019
Be strong
Ya Allah, besarkanlah kecintaanku terhadap Al Quran, jadikanlah Al Quran sebagai cahaya bagi penglihatanku, sebagai penawar dadaku, sebagai pengusir kegelisahan dan kesedihanku. Ya Allah, hiasilah lisanku denganya, baguskanlah wajahku dengannya, kuatkanlah jasadku dengannya, beratkanlah timbangan kebajikanku, berikan aku rizki berupa kemampuan membacanya dengan baik dan benar, anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk menjalankan ketaatan kepada-Mu sepanjang siang dan malam dan himpunkanlah aku dengan Baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersama keluarganya yang terpilih.
10 ramadhan ... Be strong.
10 ramadhan ... Be strong.
Tuesday, April 30, 2019
Have a great May!
Bulan ni bulan yang sangat istimewa buat aku. Bulan ini jugalah umat Islam seluruh dunia akan meyambut Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dan lagi istimewa bulan ini juga aku dilahirkan. Tq mak yang telah mengandungkan, melahirkan dan membesarkan aku menjadi insan yang berjaya.
So untuk bulan ni aku menyimpan azam semoga diberikan kesihatan yang baik supaya dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Sangat-sangat rindu untuk berjemaah di masjid. Ketenangan yang tak dapat dicari dimana-mana.
Bulan ni bulan yang sangat istimewa buat aku. Bulan ini jugalah umat Islam seluruh dunia akan meyambut Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dan lagi istimewa bulan ini juga aku dilahirkan. Tq mak yang telah mengandungkan, melahirkan dan membesarkan aku menjadi insan yang berjaya.
So untuk bulan ni aku menyimpan azam semoga diberikan kesihatan yang baik supaya dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Sangat-sangat rindu untuk berjemaah di masjid. Ketenangan yang tak dapat dicari dimana-mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)