Jom mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah...dari duk melepak tak tentu pasal moh kite ke dapur explore barang ape yang ade.
Tadaaaaa.....
Bukak je peti ais tetibe ternampak ikan besau. Kredit to adik ku ejat yang suke sangat memancing. Rasenye hari ni nak masak Ikan Siakap Masak Stim. Selain masak stim, ikan siakap juga sedap kalau dimasak 3 rasa. Bagi saya lebih gemarkan masak stim. Selain ianya menyihatkan, isi-isi ikan ini akan lebih lembut dan jus-jus yang fresh dari ikan akan keluar secara semulajadi. So, xdela hilang kemanisan ikan tu beserta dengan khasiatnya. Cewah rase macam master chef pulak...
Ok la berikut adalah bahan-bahan yang deperlukan.
Bawang potong bulat-bulat
Bawang putih (hiris halus)
Halia (hiris halus)
Cili Besar (hiris halus)
Serai (hiris halus)
Lada hitam
Lada putih
Carrot potong panjang macam gambar dia atas.
Carrot ni ade rase manis tau.
Kalau korunk letak banyak carrot, kuah akan rase sedikit manis.
Kepada sesiape yang tak suke manis tu boleh la letak sedikit sahaja.
Yang ni saya guna 1 batang carrot.
Tomato potong dadu
Kalau nak masam lagi boleh letak banyak mane tomato korunk ske.
Tapi yang ni saya guna 2 biji saje.
Boleh jugak kalau nak perah asam limau untuk tambah rasa masam.
Tauhu jepun ni sekadar hiasan sahaja.
Potong bulat-bulat pastu goreng menggunakan minyak.
Kalau tak letak pun takpe.
Sekadar hiasan dan untuk menyedapkan lagi masakan anda.
Sebatang serai diketuk.
Serai boleh mengakibatkan sakit perut kepada sesiape
yang tak tahan boleh la masuk kan serai dalam kuah kemudian keluarkan
setelah kuah mendidih.
Bahan utama ikan siakap.
Ikan siakap ni banyak isi.
Tips dalam memilih ikan di pasar ialah ikan yang masih baru dan segar kita boleh
tengok mata ikan itu masih bersinar dan tak merah.
Kalau tekan sket isinya masih pejal dan tak tenggelam.
Tadaaa....inilah hasilnya.
Cara membuatnya...
1) Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, lada besar, lada hitam dan lada putih dalam air yang telah mendidih.
2) Sukatan air 3 cawan.(ikut citarasa nak kuah banyak boleh la tambah lagi)
3) Pastu dah mendidih masukkan ikan.
4) Kemudian tutup dengan penutup periuk / kuali supaya wap2 dari ikan tak keluar ke persekitaran yang boleh membebaskan khasiat yang ada pada ikan.
5) Biarkan dalam 10-15 minit
6) Taburkan carrot yang telah dihiris halus dan tomato yang telah dipotong dadu dan biarkan selama 5 minit.
7) Dah siap boleh la dihidangkan dalam pinggan dan tabur kat atas tauhu jepun yang telah di goreng tadi.
SELAMAT MENCUBA!